Sunday, June 6, 2010

Solat dan air kencing anjing

Buat peringatan untuk kita semua yang sentiasa 'sibuk' mencari alasan...

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan sembahyang adalah berdosa, malahan lebih hina dari khinzir..Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa A.S.




Begini kisahnya...pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yg sudah berumahtangga , dia tidak mempunyai zuriat, lalu terdetik di dalam hatinya (nazar).

"kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam."

Nak dijadikan cerita, Allah kurniakannya zuriat. Isteri si lelaki tadi hamil dan melahirkan anak. Bila dah dpt anak, laki ni pun runsinglah.. . Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang diturunkan untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yanaag haram, maka tak payah buat, tapi kena dam (denda) atau sedekah.. Tapi, pada zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram, tetap kena laksanakan nazar tu.. lalu, si lelaki yang dapat anak tu, dengan susah hatinya pergi bertemu dengan Nabi-Allah Musa.

Dia menceritakan apa yang terjadi ke atas dirinya.. lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam, tapi minumlah air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.

Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan sembahyang dan minum air tu. lalu, lelaki tu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi...



Lihat... betapa hinanya org yang tak solat, sampai dikatakan air yang jatuh dr bumbung rumahnya lebih hina dari air kencing anjing hitam.. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi..

Menyentuh bab air tangan ni, jangan tinggalkan solat. Kalau meninggalkan solat tanpa keuzuran, air tangan akan menitik ke dalam masakan dan org yang memakannya akan gelap hati kesan dari kekotoran air tangan itu.


Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (untuk umat Islam) , "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum." maknanya,"Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu." jadi, bersama-samalah kita pelihara solat kita, dari segi zahir & batinnya, kerana amalan solatlah amalan yang pertama akan ditimbang di neraca Mizan Kelak... Allahualam..

ICK : Jadi, kalau nak makan kat kedai tu, kenalah pastikan tukang masak tu solat. Kalau makan makanan yang menggelapkan hati, tiadalah cahaya di wajahnya, tak berseri tanpa mekap & liat nak buat kerja yg baik. Jaga apa yg kita makan... betapa beratnya amalan solat ni, hatta Allah syariatkan solat terus kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj, sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril a.s

3 comments:

Ahmad Tajuddin Abdullah said...

huhu..tq 4 sharing...lepas nih konfem x makan kt kedai lg...

Jue said...

thanks 4 sharing this...:) bwk bekal dr rumah lg bagus.. jimat skit..

bdakmlayu17 said...

@ATA & Jue : no problem..sharing is caring