The Arrival merupakan satu pembohongan. Antara sebab-sebabnya ialah :
1. Islam menyatakan bahawa salah satu cara Dajjal mengawal orang ialah melalui muzik. Ianya bertentangan dengan The Arrival yang memainkan muzik tanpa henti, walaupun ketika sedang memetik ayat-ayat Al-Quran.

2. Islam menyatakan bahawa Dajjal akan datang pada akhir zaman. The Arrival menyatakan bawaha Dajjal sudah berada di sini. Ini bertentangan dengan ajaran Islam. Mungkin The Arrival dibuat oleh puak Syi'ah yang mempunyai hadis dan pandangan yang berbeza.
Pandangan pakar/ulama terhadap The Arrival.
"Saudara, siri The Arrival tidak harus ditonton. Satu peringatan umum tentang siri ini harus dikeluarkan. Cukuplah bahawa siri ini dibuat oleh Syiiah dan hanya untuk puak-puak Syi'ah khususnya mengenai apa yang terjadi pada akhir zaman. Siri sudah pasti merupakan salah satu dakwah dan propaganda Syi'ah. Terdapat banyak kesalahan akidah, half-truth, dan spekulasi yang tidak dapat dibuktikan di dalam siri ini. Biarkan masyarakat Islam belajar dan memahami Al-Quran dan Sunnah dengan pemahaman para sahabat dan tidak membuang masa untuk pembohongan seperti ini."
Tariq Preston, University Madinah.
"Setelah mendengar banyak khabar angin tentang The Arrival, akhirnya saya berpeluang untuk menonton siri ini. Saya ingatkan saya boleh belajar sesuatu, tetapi selepas menonton, saya menyedari bahawa ada sesuatu yang tidak kena.
Fakta tertentu yang terdapat dalam siri ini merupakan satu tekaan/pandangan kosong. Fakta yang selebihnya pula boleh diselidik dengan mudah dan hanya di'copy' dan 'paste' tanpa disahkan terlebih dahulu.
Contohnya, 'quotation' hanya diambil dari video. Daripada episod 'The Shadow' sehinggalah kesalahan yang paling jelas bahawa Freemason menyedari tentang kesalahan mereka di Perancis ketika mereka kehilangan kawalan ke atas Napoleon. Oleh itu, mereka telah mengilhamkan Revolusi Amerika dan meletakkan seorang penganut Freemason, George Washington(Presiden pertama US).

Penerbit banyak membuat kajian mereka sebagai orang Amerika, jadi mereka sepatutnya mengetahu tentang fakta asas bahawa Perjanjian Paris yang menamatkan Perang Kemerdekaan telah ditandangani pada tahun 1783, iaitu 16 SEBELUM Napolen berkuasa(1799). Adakah Freemason mencipta sebuah mesin waktu untuk menghantar George Washington kembali ke tahun 1775? Kebetulan pula Washington meninggal pada 1799, pada tahun dimana Napoleon berkuasa dan memisahkan diri daripada kawalan Freemason. Mustahil Revolusi Perancis terlebih dahulu berlaku sebelum Revolusi Amerika!"
US Great SealSulaiman Kindi, penulis buku 'Conquest of Syria'
Kesimpulannya, Al-Quran sendiri telah menyatakan supaya kita tidak cemas dengan teori-teori konspirasi kerana syaitan ialah dalang disebaliknya.
"Konspirasi hanya dari syaitan, ia mungkin menyakitkan hati mereka yang percaya, dan ia juga boleh membahayakan mereka kecuali tanpa izin Allah SWT. Dan Allah membiarkan yang beriman untuk bertawakal."
Surah Al-Muhadilah(wanita yang mengajukan ugutan), ayat 10.
Surah ini kemudiannya telah ditafsir oleh Ibn Kathir.
An-Najwa(konspirasi) hanya dari syaitan, agar ia boleh mencelarukan orang-orang yang beriman. Tetapi ia tidak boleh membahayakan mereka walau sedikitpun, kecuali dengan izin Allah. Dan bagi Allah, biarlah mereka yang beriman itu bertawakal
Ada khabar angin yang cakap penerbit The Arrival ni ialah bangsa Yahudi...tapi aku xtau ar sebab xda bukti2 yang kukuh.